Infoto: Kuasa Kayuhan Basikal (15 gambar)
Basikal merupakan sebuah
kenderaan dua roda pada satu bingkai dan digerakkan melalui kayuhan
tenaga manusia. Basikal diperkenalkan pada abad ke 19 dan hari ini
manusia menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan, rekreasi,
perlumbaan dan sebagainya. Lebih 100 juta basikal dihasilkan setiap
tahun dengan lebih 60% dihasilkan di China, menjadikan bilangan basikal
di seluruh dunia melebihi satu bilion, iaitu dua kali ganda
berbanding automobil.
Basikal mempunyai kelebihan sebagai kenderaan serampang dua mata. Dengan
teknologi yang mudah, basikal tidak menghasilkan pencemaran alam
sekitar malah memberikan manfaat kesihatan kepada penunggangnya. Di
paparkan di sini gambar-gambar basikal dari serata dunia dan manfaatnya
kepada manusia.
|
Seorang
warga Tahiland menunggang bersama anaknya menggunakan tri-sikal buatan
sendiri semasa bencana banjir dia Bangkok pada 28 Oktober 2011. |
|
Penganalisis
biologi dari Bank Sperma Seattle, Alan Dowen menunggang basikal rekaan
khas untuk menghantar dermaan sperma kepada klinik kesuburan di Seattle. |
|
Kakitangan
Murata Manufacturing Co., Jepun mempersembahkan robot penunggang
basikal "Murata Seisaku-kun" pada pameran elektronik di China, Jepun. |
|
Zhang Yali mencuba basikal gergasi yang direka dan dihasilkan oleh Zhang dan rakan-rakan di Jilin, China. |
|
Pereka
basikal Jerman, Dieter "Didi" Senft, aka El Diabolo menunjukkan basikal
inovasi rekaanya dikenali sebagai '111-twelve-teeth-rake-bicycle' di
Storkow, Jerman. |
|
Pasukan
Spanyol beraksi dalam acara kejar mengejar berpasukan lelaki semasa
2012 UCI Track Cycling World Championships di Hisense Arena, April 2012. |
|
Seorang pengunjung mengkagumi model basikal solar yang dipamerkan di 2011 Taipei World Design Expo on October 22, 2011. |
|
Seorang
lelaki mengayuh pedal sebuah pam untuk mengisi minyak sebuah kereta
(Kelisa?) di sebuah stesen gas yang telah dilanda bencana tsunami dan
gempa bumi di Minamisanriku, Japa |
|
Seorang
lelaki sedang menghayati karya seni bertajuk "Forever Bicycle"
dihasilkan oleh artis China, Ai Weiwei di Taipei Fine Art Museum. |
|
Seorang gadis mengayuh sebuah basikal penjana kuasa elektrik untuk Occupy camp di Finsbury Square. |
|
Pelajar
berlatih membaca sambil menunggang basikal latihan di Conestoga
Elementary school di Gillette, Wyo. Pelajar dibenarkan menyiapkan
tugasan sambil menggunakan basikal yang diletakkan di belakang kelas. |
|
Perajurit
Steve Richardson yang kehilangan kedua-dua kaki, mendemonstrasikan
basikal yang direka khas untuk bersaing dalam Race Across America, Jun
ini. Perlumbaan tersebut diumumkan di Tedworth House, Tidworth, England.
Mereka akan mengayuh sejauh 3051 batu merentasi 12 negeri mengatasi 30%
jarak Tour de France. Pelumbaan ini adalah sokongan kepada perajurit
yang mengalami kecacatan akibat peperangan melalui sebuah badan amal
dikenali Help For Heroes. |
|
Penunggang
basikal berumur 100 tahun, Robert Marchand dari Perancis menaiki
basikalnya untuk mencatat rekod dunia dengen menunggang tanpa henti di
Union Cycliste Internationale (UCI) velodrome, Aigle, Switzerland.
Marchand yang lahir pada November 26, 1911, mengayuh sejauh 24.251 km
mengelilingi trak 200 meter sekaligus mencatat rekod baru. |
|
Seorang penuggang basikal ekstrim menunggang di sebuah taman skateboard di Austin |
|
Jurutera
Mekanikal, Daniel Ratner mendemonstrasikan StreetView Trike yang
digunakan untuk pemetaan oleh pasukan StreetView di pejabat Google di
Mountain View, Calif. |
No comments:
Post a Comment